Adv

Tuesday, December 22, 2015

Siakap Tiga Rasa | Lata Ulu Chepor | Family Outing



Assalamualaikum



nak share resipi siakap 3 rasa..menuntut ilmu resipi kat opismate..tq toyong share resipi ternyata sedaplicious....dan bahannya senang jer... 


bahan-bahannya:

1.seekor ikan siakap yang dah siap siang kat pasar kekdahnya....basuh bersih-bersih dan toskan...
2.lumurkan dengan perencah adabi sedap rasa..ni aku lumur dengan kiub ikan bilis dua2 belah...sehingga sebati...
3. panaskan kuali..pastikan minyak banyak (deep fried) dan betul2 panas...(campakkan asam keping supaya tak melekat)
4. gorengkan ikan tersebut  well done dan garing....

ok done bab ikan



bahan-bahannya untuk kuah siakap tiga rasa pulak :

- 6 biji cabai burung hiris2 ( ikutlah tahap kepedasan korang nak pedas tambah lagi) 
 bawang putih 3 ulas bg pecah & hiris, halia sebuku ibu jari (hiris2) & 2 batang serai diketuk2...
- sos cili + sos tomato +  sos tiram 
- letak air - masak sampai menggelegak
- bawang merah 1 labu (hiris2)

cara-caranya : 

1. tumis 6 biji cabai burung hiris2, bawang putih 3 ulas , halia sebuku ibu jari (hiris2) & 2 batang serai diketuk2...... sehingga naik bau...
2. masukkan sos cili + sos tomato + kicap + sos tiram...ini kita gaulkan siap2 dalam 1 mangkok...pastu campak aja dalam kuali........ikutlah tahap kuah korang nak banyak macam mana
3. masukkan sayur-sayuran spt carrot, kubis bunga, cili benggala hijau + merah (guna cili ini kurang pedas my feveret ) dan timun,
4. letak daun limau purut sehelai
5. letak sedikit garam hujung sudu shj.
6. masak sehingga sebati rasanya semua....then tutup api..
7. letak 2 biji tomato yang di belah 4...

curahkan kuah siakap di atas ikan yang digoreng tadi.....

siap....tadaaa..




lauk2 lain yang di masak beramai-ramai.......

sup ayam...yg ini letak isi ayam shj & kentang
telo dadar.cuma bawang besar dan cili benggala hijau + merah

dah masak sedap2 jum lah p berkelah eh....lama tak berkelah macam dulu2...^---------^

retreat weekend

bawa makan berkelah di lata ulu chepor....caj masuk - tiket kereta RM2 sebuah...sewa pondok kayu RM4...oklah untuk berkelah ada tempat yang selesa..letak barang semeneka makan...makan nasi gaks senang dan selera semua....

memang kebersihan terjaga sini..mmg JKKKKK sini aktif nampaknya...selalu buat rondaan juga nengoknya....

tp kecewa ada pampers di tepi sungai...WT*...salah pengunjung yg hadir tulah..kenapa xbuang dalam tong sampah yg di sediakan!!!!.......................

ok cool down balik...air sungai memang sangat sejukkkk...air yg mengalir buat terapi diri...suci bersih...fuhh letak kepala kat batu...mencurah2 air...terus segar biji mata aye...segar bugar satu badan...nanti nak repeat datang lagilah....




sebelum terjun sungai....lawa tak pondok weolss

ok siap2 nak balik...dengan jayanya berenang kuak lentang dan berendam....

petangnya masak tomyam...untuk makan malam....alhamdulilah... ^---------^

tomyam ini isinya chicken ball, udang,sotong,kacang peas,tomato,asam keping,daun limau purut dan pes tomyamnya dari padang besar....siyes sedapp....


komentar: aku tanya mrhuby lauk apa yang sedapp NASI katanya....pengssaaaaaaaannnnnnnn..... lepas ni masak apa pulak...Kalo reramai ni syok memasak...kecah dapo...dan beselera makan.....


 

1 comment:

  1. aje rajin mona haaaaaaaa.. ateee harammmm ngajak p chepor keskeskessss

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...